0

Memperkenalkan Projek 1BestariNet

Klik Disini Untuk Menonton
0

Cara Login Akaun Frog VLE Anda


Alamat Web Untuk Login Akaun Frog Vle:

https://AEA3090.1bestarinet.net




Klik Disini Untuk Menonton Cara Login Akaun Frog VLE Anda

0

Apakah Yang Terdapat Didalam Frog VLE?

Dashboard Saya: Dashboard peribadi anda boleh disesuaikan dengan kandungan seret dan lepas.
Rak Buku: Lihat e-book anda di sini dalam format flipping book
Tugasan: Anda boleh memberi tugasan dan markah kerja rumah, manakala pelajar anda boleh melihat dan menjawab tugasan diberi.
Dokumen Saya: Ruang penyimpanan peribadi untuk fail-fail dan dokumen-dokumen yang boleh diakses dari mana sahaja.
E-mel: Setiap pengguna Frog VLE mempunyai akaun email yang sama dengan nama log masuk anda (Yes ID Anda).
Forum: Berhubunglah dan kongsikan idea anda tentang topik-topik tertentu dalam forum.
Kuiz: Mantapkan kerja rumah pelajar anda dengan Kuiz dan uji pengetahuan mereka.
Analisis: Pentadbir Frog boleh menggunakan widget ini untuk melihat penggunaan VLE.
Kalendar: Urus kalendar peribadi anda dengan alatan berguna ini.
Dashboard Sekolah: Semua berita dan pengumuman dari sekolah anda.
Laman Jabatan: Laman boleh suai untuk pelbagai jabatan di sekolah memaparkan berita dan sorotan menarik.
Sumber Pengajaran: Simpan dan akses fail-fail pengajaran anda yang terdapat di awan (cloud) dari mana jua.
Komuniti: Kongsikan idea, inspirasikan diri anda dan terima maklum balas daripada guru-guru lain.
FrogStore: Pusat setempat untuk anda memuat turun sumber-sumber pendidikan seperti e-buku, media dan laman bagi memantapkan lagi pengalaman mengajar anda.
Pin-Point: Dapatkan kandungan pendidikan anda seperti video dan imej untuk digunakan dalam laman anda.
Kalendar Tempahan: Lihat kalendar sekolah anda, jadualkan mesyuarat dan tempahlah makmal, bilik dan perkakas.
Pengurus Sumber: Pusat setempat untuk menguruskan semua fail, laman dan sumber anda.
Laman: Buat laman web mata pelajaran, kelas, kelab atau persatuan anda dengan pembina yang mudah digunakan dan templat-templat yang menarik.
Dokumen Sekolah: Ruangan untuk pihak sekolah menyimpan dokumen-dokumen seperti borang kebenaran, minit mesyuarat PIBG dan sebagainya.
The Pond: Belajar, Temui dan Terokai kandungan pendidikan yang menarik, memberi inspirasi di The Pond.
Borang: Buat borang dengan pembina borang yang mudah digunakan untuk mengumpul maklumat daripada para pengguna Frog VLE.
Tinjauan: Gunakan Tinjauan untuk mendapatkan pandangan dengan pantas dan mudah.
0

Mengapakah FROG VLE Dipilih?

Ia menjadikan hidup setiap orang, menjadi lebih mudah. Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang memenangi anugerah dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Pada masa sama, ibu bapa dapat mengikuti perkembangan sekolah dan apa yang anak-anak mereka lakukan. Sebagai tambahan, Frog VLE turut diintegrasikan dengan alatan pendidikan lain yang berkuasa serta rakan kandungan, termasuk Google Apps for Education dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran. FrogAsia, pembekal penyelesaian Frog VLE, bekerjasama erat dengan golongan pendidik dan organisasi-organisasi pendidikan tempatan bagi menyediakan sistem pembelajaran bertaraf dunia yang relevan dengan rantau Asia. Selain teknologi, penekanan turut diberikan kepada usaha untuk melengkapkan dan membimbing sekolah-sekolah tentang penggunaan Frog sebagai satu peralatan yang boleh menambah baik sekolah secara keseluruhannya.
0

Bagaimana Untuk Mengaktifkan ID YES Anda?

  Langkah Pertama:

https://www.yes.my/activation/loadMOEActivation.do?lang=en
Link Diatas Hanya Untuk Kegunaan Ibu Bapa Sahaja,Bagi Pelajar Pihak Sekolah Akan Memberikan ID YES Kepada Anda.


*Masukkan No Kad Pengenalan Dan Nama Penuh Yang Tertera Di Kad Pengenalan Anda Dan Tekan Butang "Search"
 


















Langkah Kedua:


Klik Disini Untuk Mengaktifkan ID YES anda (Guru,Ibu Bapa dan Pelajar )


*Masukkan ID YES Anda Dan Masukkan Password Anda Diruang Yang Disediakan,Dan Tekan Butang "Verify"








Langkah Ketiga:

Klik Disini Untuk Login

*Masukkan YES ID dan Password ,Kemudian Tekan Butang Login



0

Apakah Kelebihan Frog VLE kepada Ibu Bapa?

Ketahui tentang acara-acara sekolah, laporan PIBG serta notis sekolah menerusi kalendar dan papan notis sekolah, cari semua butir perhubungan yang anda perlukan di halaman Hubungi Sekolah dan muat turun borang keizinan dan dokumen-dokumen penting yang lain mengikut keselesaan anda.
0

Apakah Kelebihan Frog VLE kepada Pelajar?






Pembelajaran adalah menyeronokkan dan dapat diperibadikan dengan Frog. Terokai video, permainan dan pos-pos yang mengujakan di The Pond, reka sendiri laman utama anda, muat naik dan simpan fail di awan, selesaikan tugasan pada bila-bila masa, di mana jua dan kongsikan idea-idea anda yang hebat dengan rakan-rakan sekelas serta guru-guru.